Demi mempertahankan martabat kerjaya pengaturcara, saya berikrar bahawa, dengan keupayaan dan keputusan saya yang terbaik:
- Saya tidak akan menghasilkan kod yang berbahaya.
- Kod yang saya hasilkan semestinya hasil terbaik saya. Saya tidak akan membenarkan (dengan sengaja) kod yang tidak sempurna dari segi struktur dan perilaku untuk bertimbun.
- Saya akan menghasilkan, dengan setiap keluaran, terbukti dengan jelas, pantas dan berulang kali bahawa, setiap unsur kod berfungsi seperti yang sepatutnya.
- Saya akan menghasilkan keluaran secara berkala supaya saya tidak mengganggu kerja orang lain.
- Saya akan menambahbaik hasil kerja saya tanpa rasa takut dan jemu pada setiap peluang yang ada. Saya tidak akan menjejaskannya.
- Saya akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan produktiviti diri saya, dan yang lain, setinggi mungkin. Saya tidak akan melakukan sebarang perkara yang bakal mengurangkan produktiviti sedia ada.
- Saya akan sentiasa memastikan bahawa orang lain dapat menampung kekurangan saya, dan saya juga dapat menampung kekurangan orang lain.
- Saya akan menghasilkan anggaran yang jujur dan tepat. Saya tidak akan membuat janji tanpa kepastian.
- Saya tidak akan berhenti belajar dan meningkatkan mutu kraf saya.